 |
Aku tetap aku..........menyanyi lagu jiwa, lagu rindu..........kepadamu.
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Feb 14, 2006
|
Popularitinya mungkin tidak setanding kisah dunia hiburan, namun pembacaan novel tidak harus dipandang sepi. Malah, percaya atau tidak, novel berjudul 'Bicara Hati' karya Damya Hanna keluaran Alaf 21 Sdn Bhd (Alaf 21) dicetak hingga 102,000 naskhah. Tarikan pembaca terhadap novel Melayu, khususnya novel cinta bersandarkan pelbagai faktor seperti diakui Pengurus Besar Alaf 21, Norden Mohamed.
"Penerbitan novel harus baik dari segi luaran dan dalaman manakala bahasa digunakan dalam novel Alaf 21 bukanlah bahasa sastera. Kami mementingkan penggunaan istilah yang boleh difahami orang ramai kerana jika kami menggunakan bahasa sastera, hanya kelompok sastera saja yang faham bukannya orang umum. |
|
|
"Malah, nama watak juga diberi perhatian. Nama watak dalam novel Alaf 21 menggunakan nama watak yang cantik kerana ia secara tak langsung turut memberikan gambaran yang cantik di minda pembaca.
"Penggunaan latar pula lebih bercirikan tempat yang benar-benar wujud di negara kita, bukannya khayalan penulis bagi memudahkan pembaca lebih menghayati novel berkenaan," katanya. Itu hanya sebahagian daripada tarikan manakala aspek teknikal turut memantapkan lagi pakej termasuk penggunaan teknologi terkini untuk kulit muka, penjilidan malah saiz huruf untuk setiap halaman novel. Memasuki tahun ke sembilan penerbitan novel, kira-kira 100 judul sudah diterbitkan oleh syarikat berkenaan yang sememangnya banyak mengetegahkan tema cinta.
"Cinta ibarat tepung dalam masakan, satu ramuan yang mesti ada. Jika kisahnya bukan bertemakan cinta, judul novel keluaran Alaf 21 harus berkaitan cinta.
| |
|
"Sebenarnya tak semua novel kami mengisahkan cinta, sebaliknya sebilangan novel berkenaan menjadikan cinta sebagai kisah latar saja. Beberapa novel kami yang membawakan cerita masyarakat termasuk novel 'Pesona Rindu' yang bercerita mengenai poligami, 'Arjuna Hati' mengenai sejarah dan 'Demi Kasih Ini' menceritakan soal perceraian dan ibu tunggal," katanya. Tema cinta yang mendominasi keluaran novel syarikat berkenaan, baginya banyak memberi ruang kepada penulis muda untuk berkarya. "Jika dibandingkan dengan negara Barat, penulis muda mereka kurang dipeduli.
Memang benar penulis berusia lebih matang dari segi penghasilan novel, namun penulis muda ini juga ada kelompok pembaca mereka tersendiri. "Apa pun, kami menggalakkan penulis membuat penyelidikan termasuk ketetapan dan kepelbagaian fakta bagi memantapkan novel masing-masing.
Kami mahu penulis ini berlawan dengan diri sendiri untuk menghasilkan yang lebih baik, bukannya bersaing dengan orang lain," katanya. Selain Damya Hanna, penulis novel Alaf 21 yang mencatat rekod jualan tertinggi termasuk Aisya Sofea dengan novel 'Kau Untukku' yang dicetak sehingga 90, 000 naskhah dan Nia Azalea dengan novel 'Kau Yang Satu' membabitkan cetakan 74, 000 naskhah. |
Posted at 04:22 pm by perinduzsephi
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|